Selasa, 2 Oktober 2012

REFLEKSI PENGAJARAN MENGGUNAKAN POWER POINT.


Menurut kamus dewan edisi keempat Power Point merupakan perisian aplikasi yang digunakan untuk membangunkan bahan persembahan yang terdiri daripadateks, imej, animasi, grafik, video, atau carta. Di dalam perisian Microsoft Power Point terdapatnya Slaid yang bertujuan memancarkan imej grafik sepertigambarfoto, ilustrasi, rajah, simbol dan sebagainya.

Perisian Microsoft Power Point mempunyai pelbagai kelebihan terutamanya untuk tujuan Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah keranadikatakan mampu meningkatkan pemindahan maklumat. Antara kelebihan penggunan perisian Microsoft Power Point ialah mempunyai ciri media seperti animasi, visual,audio, dan grafik yang dapat menarik minat pelajar dan penonton secara spontan.Selain itu Power Point juga boleh digunakan sebagai alat persembahan presentation) atau alat bantuan instruksi
( Teaching or Instructional support ). 

Seterusnya Power Point boleh digunakan untuk proses Pengajaran danPembelajaran untuk kumpulan besar seperti kuliah, kumpulan kecil seperti perbincangan atau tutorial dan individu iaitu melalui Pembelajaran Individu.Penggunaan Power Point juga membolehkan pengguna membuat pindaan, tambahatau membina slaid baru semasa persembahan dijalankan dan boleh menyediakansalinan utama ( Master ) untuk membuat bahan tayangan transperansi.

Jadi, apa yang telah saya perolehi selepas menyediakan bahan pengajaran menggunakan power point ialah saya dapat mengetahui betapa berkesan, mudah dan lebih menarik minat pelajar-pelajar saya untuk belajar. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk menyediakan pengajaran dalam bentuk power point ini, namun setelah mempelajari secara perlahan dan banyak ditunjuk ajar oleh beberapa rakan yang lebih tahu menggunakan perisian ini, saya dapat menguasai power point ini dengan lebih mahir.
 
Akhir sekali, saya ingin mengungkapkan bahawa dengan adanya penggunaan multimedia di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kita di sekolah akan lebih membantu para guru untuk menarik minat pelajar di samping membantu guru untuk memudahkan lagi beban yang dipikul. sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan