Ahad, 2 September 2012

Refleksi Blog

Assalamualaikum...

          Ini adalah refleksi yang saya perolehi daripada pembelajaran melalui blog. Sebelum saya mempunyai blog sendiri, saya tidak pernah mengetahui apa-apa yang berkaitan dengan blog. Apabila disebut mengenai blog, saya langsungtidak  mengambil tahu kerana bagi saya blog ini hanya sesuai digunakan di kalangan remaja pada masa kini. 

           Hal ini kerana, kebanyakan remaja pada zaman teknologi dan alam siber ini masing-masing terlalu leka dan asyik dengan IT. Mereka akan menggunakan blog sebagai sempadan dan laluan untuk berhubung antara satu sama lain dengan rakan mereka yang berada di dalam mahupun di luar negara. Selain itu juga, blog seringkali diguna pakai oleh mereka yang menjalankan perniagaan secara atas talian ataupun "on line".

          Namun, setelah mempelajari di dalam kelas BMM 3105 yang telah diajar oleh Encik Bukhari, saya mulai sedar bahawa blogger bukan sahaja hanya boleh digunakan oleh mereka yang menjalankan perniagaan ataupun untuk berhubung antara satu sama lain. Blogger juga sesuai digunakan dalam P&P kerana melalui blog, kita dapat berkongsi maklumat yang diperolehi bersama-sama dengan rakan kelas yang lain. Selain itu juga, blog juga boleh digunakan bagi menggantikan kelas yang ditangguhkan dan dikenali sebagai "kelas maya". Pensyarah juga tidak perlu bersusah-payah untuk bertemu dengan pelajarnya hanya untuk membincangkan tajuk tugasan yang diberikan malah mereka hanya berhubung melalui blog sahaja.

          Akhir sekali, saya ingin mengatakan bahawa pembelajaran melalui blog juga bagus untuk diamalkan kerana selain dapat berkongsi maklumat dengan orang ramai, kita juga dapat meluaskan minda dengan meneroka kecanggihan dalam bidang teknologi. Sekian, terima kasih.